04
Ju
Masalah Seksual Lelaki
04.07.2015 09:04
Welcome

This is a sample text. Please replace it by your own content.
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat. Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis dolore te feugait nulla facilisi.

Bercakap tentang masalah seks atau kegagalan seks, ia sering dirujuk kepada masalah pada mana-mana peringkat dalam kitaran tindak balas seksual yang menyebabkan seseorang lelaki atau pasangan gagal mendapat kepuasan dalam perhubungan jenis. Kitaran tindak balas seks mempunyai 4 tahap: tahap keghairahan, tahap mendatar, tahap puncak dan tahap penyudahan.

Kajian menunjukkan kegagalan seks adalah lumrah (43% bagi lelaki dan 31% bagi wanita) tetapi ia merupakan tajuk yang jarang dibincang secara terbuka. Namun, kebanyakan masalah kegagalan seks adalah boleh dirawat, jadi ia adalah wajar untuk dikongsi bersama pasangan dan mendapatkan khidmat nasihat doktor pakar.
Apa penyebab permasalahan seks lelaki?

Kegagalan seks mungkin disebabkan oleh masalah fizikal atau psikologi.

Penyebab Fizikal: Banyak masalah fizikal atau masalah kesihatan menjadi penyebab kepada fungsi seksual. Masalah-masalah tersebut termasuklah kencing manis, jantung, penyakit salur darah, kecelaruan neurologi, ketidakseimbangan hormon, penyakit-penyakit kronik seperti kegagalan buah pinggang atau hati, pengambilan alkohol berlebihan dan penyalahgunaan dadah. Tambahan pula terdapat kesan sampingan dari ubat-ubatan termasuklah ubat penenang, juga boleh menjadi penyebab fungsi dan keinginan seks.

Masalah Psikologi: Ini termasuklah tekanan dari pekerjaan dan kebimbangan, kemurungan, rasa bersalah atau kesan-kesan trauma seks yang silam.
Siapa Yang Menderita Akibat Masalah Seksual?

Kedua-dua, lelaki dan wanita akan menderita kerananya. Masalah seks berlaku dalam semua lapisan umur. Namun, ianya ketara di kalangan orang berumur yang berhubung kait dengan penurunan tahap kesihatan selaras dengan peningkatan usia.
Apakah Masalah Seks Di Kalangan Lelaki?

Masalah yang lumrah di kalangan lelaki adalah masalah pancutan, kurang ketegangan dan kurang keinginan seks.
Apakah Masalah Pancutan?
Terdapat beberapa jenis masalah pancutan:

Pancutan Pra-matang: Ini adalah merujuk kepada pancutan air mani sebelum persetubuhan atau hanya sejurus selepas percantuman alat kelamin.

Pancutan Terbantut: Ini pula merujuk kepada kelembapan pancutan air mani atau tiada langsung pancutan.
Pancutan Terundur: Ini berlaku apabila pada tahap kemuncak, pancutan tertendang ke belakang dan memasuki pundi kencing tidak seperti sepatutnya melalui salur kencing dan terpancut keluar.

Dalam setengah-setengah kes, pancutan pra-matang dan pancutan terbantut adalah disebabkan oleh faktor psikologi seperti contohnya pasangan yang tidak menepati citarasa atau trauma di masa lampau. Pancutan pra-matang adalah paling lumrah berlaku di kalangan lelaki yang selalunya disebabkan oleh kebimbangan terhadap prestasi seks mereka. Setengah-setengah ubat seperti ubat penenang dan terlalu kerap mengambil ubat ransangan seksual mungkin menjadi penyebab, sebagaimana juga kerosakan urat saraf yang bersambung ke saraf tunjang di tulang belakang.

Manakala pancutan terundur pula biasanya berlaku dikalangan orang yang menderita kerosakan saraf (diabetic neuropathy). Ia berpunca daripada masalah saraf pada bahagian pundi kencing dan pada leher pundi kencing yang menyebabkan pengaliran air mani ke belakang. Sesetengahnya pula berlaku selepas pembedahan di bahagian leher pundi kencing atau prostat atau selepas pembedahan di bahagian perut. Ia juga mungkin disebabkan oleh sesetengah ubat terutama pengambilan ubat untuk mengatasi kecelaruan minda ubat-ubat ransangan seksual.
Apakah Masalah Ketegangan?

Masalah ketegangan atau lebih dikenali sebagai ”mati pucuk” adalah ketidakmampuan mencapai atau menahan ketegangan pada tahap yang sesuai untuk perhubungan jenis. Adalah dikenal pasti penyebab masalah ketegangan ini adalah kerana penyakit-penyakit yang menjejaskan pengaliran darah seperti Ateroskelerosis (pengerasan salur darah), gangguan saraf, faktor-faktor psikologi seperti tekanan, kemurungan dan kebimbangan tahap prestasi (seksual) sendiri dan juga kecederaan pada bahagian zakar. Selain itu, penyakit-penyakit kronik, pengambilan ubat-ubatan dan juga sejenis penyakit yang dikenali sebagai Peyronie (tisu berparut pada zakar) juga mungkin sebagai peyebab.
Apakah Kehilangan Nafsu Seks?

Kehilangan nafsu seks adalah merujuk kepada kekurangan keinginan seks atau kedinginan seks. Pengurangan ini adalah berpunca dari faktor fizikal atau psikologi. Ia adalah berhubung kait dengan kekurangan hormon testerone di dalam badan. Selain dari itu, ia disebabkan oleh tisu-tisu span (sponge tissues) di dalam zakar yang tidak menerima darah secukupnya, lama kelamaan akan mengecut yang juga meyebabkan kehilangan atau kekurangan deria rasa pada bahagian tersebut. Ia juga mungkin disebabkan oleh faktor psikologi seperti kebimbangan atau kemurungan, penyakit-penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan pengambilan ubat-ubatan seperti ubat penenang dan juga masalah dalam perhubungan.
Bagaimana Masalah Seksual Lelaki Dapat Dikesan?

Pengamal perubatan biasanya akan memulakan dengan mengambil kira sejarah simtom dan pemeriksaan fizikal. Doktor juga akan menjalankan ujian-ujian penapisan untuk pengesahan. Doktor akan merujuk kepada doktor-doktor pakar termasuklah pakar urologi (pakar dalam permasaalahan sistem reproduktif), pakar endokkrinologi (pakar dalam permasalahan glandular), pakar neurologi (pakar dalam gangguan pada sistem saraf), pakar terapi seks dan juga kauselor.

Bagaimana Kegagalan Fungsi Seksual Lelaki Dirawat?

Dalam kebanyakan kes, ianya dirawat berdasarkan masalah samada fizikal atau psikologi. Strategi perawatan adalah seperti berikut:

* Rawatan Medikal: Ini melibatkan rawatan pada bahagian fizikal yang dikenal pasti sebagai punca masalah
* Hormon: Penambahan hormon adalah membantu bagi lelaki yang masalahnya adalah kadar testesteron mereka rendah
* Terapi psikologi: Kaunselor terlatih boleh membantu yang bermasalah menghadapi masalah ketakutan, kebimbangan atau rasa bersalah dalam diri yang menjadi penyebab permasalahan seksual.
* Bantuan Mekanik: Peralatan seperti pam hampagas dan penanaman alat pada bahagian zakar dapat membantu bagi yang bermasalah ketegangan
* Pengetahuan & Komunikasi: Pengetahuan mengenai seks & kelakuan seks dan cara bertindak balas dapat membantu bagi mengatasi kebimbangan terhadap prestasi seksual. Perbincangan terbuka dengan pasangan adalah perlu untuk memperbaiki tahap seksual dan seterusnya menjalani kehidupan seksual yang sihat.

Adakah Masalah Seksual Dapat Dirawat?

Kejayaan rawatan masalah seksual adalah bergantung kepada penyebab dasar permasalahan. Gangguan-gangguan kecil yang ada hubung kait dengan tekanan, ketakutan dan kebimbangan dapat diatasi dengan jayanya melalui kaunseling, memberi pengetahuan dan perhubungan di antara pasangan.

Untuk masalah seksual lelaki anda boleh menggunakan Seluar Dalam Bio Magnet sebagai rawatan zakar.

Comments


Free homepage created with Beep.com website builder
 
The responsible person for the content of this web site is solely
the webmaster of this website, approachable via this form!