21
Ju
Mati Pucuk? Cuba Kurangkan Berat Badan
21.06.2015 13:17

Pada masa sekarang ramai lelaki yang mengalami masalah berkaitan seks. Salah satu daripada masalah seks yang popular ialah mati pucuk.

Mati pucuk adalah keadaan di mana zakar seseorang lelaki tidak dapat mempertahankan ereksi zakar sehingga ke akhir hubungan seks. Atau lebih teruk lagi zakar langsung tidak keras untuk hubungan suami isteri.
Penyebab mati pucuk

Terdapat pelbagai faktor atau penyebab mati pucuk. Secara umumnya penyakit seksual ini berkait rapat dengan faktor kesihatan. Contohnya penyakit-penyakit yang mempengaruhi fungsi pembuluh darah, seperti penyakit jantung, kencing manis dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, ada kajian yang mendapati 70% daripada lelaki yang mengalami masalah mati pucuk juga mengalami masalah berat badan pada masa yang sama.
Obesiti salah satu faktor

Kajian yang dijalankan pada tahun 2008 itu mendapati obesiti mempengaruhi secara langsung terhadap kesihatan seksual lelaki. Hasil kajian ini telah diterbitkan dalam ‘The Journal of Sexual Medicine. Kajian tersebut dijalankan terhadap kaum lelaki di Itali yang menjalani rawatan penyakit seksual dari tahun 2001 sehingga 2007.

Menurut kajian tersebut, daripada pesakit yang menjalani rawatan, 41.5% memiliki berat badan normal, 42.4% mengalami masalah berat badan, 12.1% adalah obes, dan 4% mengalami obesiti yang melampau. Purata umur setiap pesakit pula adalah 52 tahun.
Obesiti?

obesiti masalah mati pucukObesiti, atau kegemukan adalah masalah yang semakin merisaukan pada masa sekarang. Ditambah pula dengan gaya hidup masyarakat moden yang secara tidak langsung menjurus kepada masalah ini.

Secara ringkas, Obesiti adalah keadaan di mana tubuh individu mengalami kuantiti lemak yang berlebihan. Faktor untuk menentukan tahap Obesiti seseorang individu biasanya diukur dengan menggunakan BMI, atau “Body Mass Index”.

 
Bagaimana Obesiti menyebabkan mati pucuk

Secara am, mereka yang mengalami masalah Obesiti akan cepat berpeluh, sering kepanasan, dan mengalami ruam pada seluruh bahagian tubuh. Faktor-faktor ini secara tidak langsung akan menyebabkan timbul masalah mati pucuk.

Bagaimana?

    Faktor psikologi
    Dari faktor psikologi, mereka yang mengalami obesiti kebanyakkannya berasa rendah diri. Dalam erti kata lain, mereka tidak selesa dengan penampilan tubuh badan mereka. Ini berlaku dalam kehidupan seharian, terutamanya ketika pergaulan sosial.

    Ditambah pula dengan sesetengah kelompok masyarakat yang memandang rendah terhadap mereka yang mengalami masalah Obesiti.Faktor-faktor ini secara tidak langsung akan menyebabkan stress, seterusnya mempengaruhi keupayaan individu tersebut untuk mencapai ereksi dalam hubungan seks.
    Pengaliran darah
    Obesiti juga menyebabkan gangguan pada sistem pembuluh darah. Aliran darah yang lancar adalah penting untuk ereksi zakar.Lebih lancar aliran darah pada zakar, lebih keras zakar.

    Ini tidak menghairankan kerana setiap seseorang lelaki ghairah dan bernafsu, darah akan mengalir dengan pantas ke zakar.Bagi mereka yang mengalami masalah Obesiti, saluran darah akan menjadi sempit kerana dikelilingi oleh lapisan lemak.Faktor ini secara langsung menyebabkan pengaliran darah terganggu, dan menyukarkan individu tersebut untuk mencapai ereksi.

    Lapisan lemak yang berlebihan juga boleh merosakkan lapisan ‘Endotelium’ pada zakar. Lapisan ini adalah lapisan sel yang meliputi pembuluh darah di seluruh tubuh. Lapisan ini berfungsi untuk melancarkan perjalanan darah sistem tubuh badan.
    Produksi Hormon Testosteron
    Hormon testosteron adalah hormon yang mempengaruhi kualiti seksual bagi seseorang lelaki. Lebih tinggi hormon testosteron pada lelaki, lebih maskulin dan ‘macho’ lelaki tersebut. Dan hormon ini juga berkait rapat dengan kualiti seks bagi seorang lelaki.

    Malangnya, masalah Obesiti akan menggangu pengeluaran hormon ini.Kadar hormon Testosteron yang rendah akan mengurangkan ghairah seks, dan menyebabkan individu tersebut gagal mengalami ereksi.

Mengubat mati pucuk

gaya hidup sihatPelbagai kajian telah dilakukan terhadap perbezaan gaya hidup mereka yang mengalami masalah mati pucuk, dan mereka yang bebas dari penyakit ini. Kajian-kajian tersebut mendapati perbezaan utama antara kedua-dua golongan ini adalah gaya hidup.

Gaya hidup yang sihat boleh mengubat, dan mencegah masalah mati pucuk.

Menurut kajian ini, mengubah gaya hidup kepada gaya hidup yang sihat adalah lebih berkesan untuk mengubati masalah mati pucuk, berbanding mengambil ubat-ubatan yang hanya memberi kesan sementara, dan mungkin akan memberi kesan sampingan yang buruk.

Bagaimana mengubah gaya hidup kepada gaya hidup yang sihat untuk mengubati masalah mati pucuk?

Mudah sahaja. Secara ringkas:

    Diet sihat
    Tukar diet anda kepada pemakanan yang lebih sihat. Elakkan makanan berlemak dan gula. Tingkatkan makan berprotein tinggi dan sayur-sayuran.
    Bersenam
    Bersenam akan membantu untuk mengurangkan berat badan. Tidak semestinya anda melakukan senaman yang berat dan memenatkan. Cukup sekadar senaman yang ringkas dan ringan pada permulaan untuk membantu melancarkan kembali perjalanan aliran darah pada tubuh anda.
    Meditasi
    Meditasi boleh membantu untuk mengurangkan stress. Meditasi juga boleh melatih pernafasan menjadi teratur dan membuatkan diri anda menjadi tenang dalam setiap situasi. Secara tidak langsung, ini akan membantu anda untuk mencapai ereksi sekaligus menyelesaikan masalah mati pucuk.

Jangan putus asa

Masalah mati pucuk bukanlah masalah yang boleh diubati dalam sehari dua. Mengubah gaya hidup anda adalah langkah pertama untuk mengatasi masalah ini. Anda harus tegas terhadap diri anda sendiri dalam usaha anda untuk mengatasi masalah ini.

Apa yang penting ialah anda sendiri harus yakin yang anda sedang dalam proses untuk mengubah hidup anda ke arah yang lebih sihat, dan meningkatkan kualiti kehidupan seksual anda.

 

High Vacuum Man Pump Pam Zakar Lelaki

Comments


Free website powered by Beep.com
 
The responsible person for the content of this web site is solely
the webmaster of this website, approachable via this form!